Monday, May 11, 2015

Part 1 : Escape to Krabi & Phuket.

Assalamualaikum.


Woah! Dah lama tak masuk entry hapdet segala benda, album dah berhabuk. Thank you paroh for reminds me all about the post *I know that when you're miss me you're gonna stalking my blog* kan2 ? Hahaha! Hokay2.. Btw, selepas setahun tak datang ke PPAS Shah Alam, today im here to wrote all this thing. Dulu datang sebab fokus Thesis, hari ni skip kerja sebab nak tenangkan fikiran jap. 




As we can see the title Krabi & Phuket, nak hapdet dari first day which is from 8 - 12.10.2014. Ok, nak cerita alkisah sebelum fly ke Krabi tu, nak apply cuti tak lepas woi. Padahal all those thing dah prepare, cuma tunggu cuti approve je, nak menangis dah masa tu. Tapi Alhamdulillah lepas gak sebab buat muka comel sket, muka kasihan sket, maka lepas la cuti untuk 5 hari tersebut. For first day flight tiket lebih kurang pukul 4, but ai kena jugak kerja half day okeh. Rushing dari ofis ke lrt then terus ke kl sentral naik bas ke klia2, harga tiket time tu rm10 kalau tak silap. Semuanya dipermudahkan, sampai la ke klia2 tu. 

Setibanya weolss di Krabi airport, kena la cari transport nak ke Aonang, kat aiport tu senang je nak cari public transport instead of bus atau taxi. But at that time weols naik bas yang tertera Aonang - Airport, for those yang nak ke Aonang Krabi boleh la naik bas tersebut, tambang dia kurang dari TB150 rasanya. Walaupun bas dia tak secantik bas ekspres, but ok la comfortable.. sebab perjalanan dari Airport nak ke Aonang cuma ambil masa dalam 45 minit je. Bas tu boleh stop mana je korang stay, for instance weols stay kat JMansion Aonang, betul2 kat pekan dorang, so bas boleh drop korang kat situ. Senang dan mudah.. 




Tadaaa! nidia bas nak ke Pekan Aonang. Selain dari Aonang pun, driver bas ni akan stop.

JMansion Aonang, highly recommended yang kaki backpackers macam weols ni. Price for one night lebih kurang TB500 sahaja, bawah hotel tu ada service untuk sewa motor, senang kalau uols nak ke pekan atau nak cari food street. Macam weols sewa motor untuk one day je which is TB200, so one day tu lah weols cari food street, shopping cari souvenir ke.. For one day tu pulak weols snorkeling, masuk pulau so tak payah la sewa motor. Van nak ke pulau tu semua dah disediakan. Untuk snorkeling pulak survey punya survey dari price TB600 weols boleh dapat only TB300 untuk 4 pulau. Kalau dah sampai Aonang tu jangan la over excited pulak nak masuk pulau, terus setuju nak amek pakej. Kena pandai survey and jalan2 la dulu.. Kat situ belambak kedai korang boleh survey, jangan malas nak berjalan! 




J.Mansion Aonang, highly recommended. Also good service.


Wajib cuba Nutella Pancake kalau masuk Krabi. But normally dah cliche. 

Disebabkan masa mencemburui weols, so tak dapat la pegi PhiPhi Island and James Bond Island kot, sebab we just stay at for 2 days only, the next day weols masuk Phuket pulak. Kalau korang nak ke Phuket dari Krabi pun senang dan mudah, korang just kena jalan cari minivan yang nak ke Phuket, but normally price nak Phuket boleh dapat TB350 sahaja, other than that korang dah kena hentam la tu. Seperti yang ai mention tadi, korang cuma kena pandai dan rajin jalan je. Jangan la nampak minivan nak Phuket terus korang sambar, memang la melayang la duit korang. Ok, soalan famous bila masuk Krabi, berapa rm patut bawak, for me kalau korang kaki masuk pulau, tak yah la bawak duit banyak sangat. But kalau macam nak beli souvenir tu, better beli kat Krabi je, more cheaper than Phuket. 


This is what I mean, for those yang kaki masuk pulau, tak payah bawak duit shopping banyak sangat.
But.. korang boleh pilih which is nak naik long tail boat atau speed boat. Macam weols naik long tail boat saje. 

10.10.2014, pagi tu weols dah checkout nak ke Phuket pulak. Korang boleh lepak je kat hotel, minivan tu akan datang pickup, tak yah susah2 nak over rajin jalan. Korang just standby je. Dari Krabi ke Phuket, dorang akan ambil a few passengers lagi, then dorang akan stop di satu perhentian untuk tukar minivan pulak. But time tu weols cuak gak, hengatkan dah nak kena jual, tapi kena tunggu turn nak ke Phuket tu, ramai jugak termasuk la mat2 saleh sado kat sana *haha*. Dari perhentian tu dorang akan separated mengikut mana korang nak pegi nanti masa kat Phuket, for instance weols nak ke Patong Beach, so dorang akan letak korang dalam 1 van nak ke Patong, cuma ambil masa sikit untuk tunggu turn.  

No comments:

Post a Comment