Monday, May 11, 2015

Pulau Perhentian, Terengganu.

Assalamualaikum.


Bertemu kita lagi di dalam slot yang ketiga pada hari yang sama tempat yang sama waktu yang berlainan, heheh! Ok, ni tempat yang kedua dalam tahun 2015, sebenarnya unplanned pun. Disebabkan pada hari tersebut aku ada wedding, so at this moment dah rasa malas nak pergi wedding2 ni, tapi bila tak pergi mesti kena balik "kalau tak nak pergi, nanti wedding sendiri takda sape yang nak datang" omg! very spedo!! Ok kita escape ke Pulau Perhentian pada cny hari tu.. dapat la 4 hari 3 malam kat sana. Patutnya weols amek pakej, tapi masing2 nak redah, ok takpa kita redah. Dari KL weols gerak dalam pukul 3am sebab semalam nya masing2 kerja, so gerak lewat sket. Dah sampai terengganu subuh, stop untuk solat subuh dulu then terus gerak ke kemaman amek sorang lagi. Dah sampai kemaman, si kawan ni punya mak belanja breakfast terengganu style weh. Thank you mak acong open table untuk breakfast, hehehe. Lepas je breakfast tu, shoot plak ke satu tempat ni hantar sorang kawan balik rumah dia kat terengganu jugak, tapi apa nama tempat dia lupa dah. But one way nak ke Pulau Perhentian la, yang penting sampai rumah dia dijamu dengan nasi dagang, omg makan lagi! dibungkus dengan daus pisang bentuk tiga segi pulak tu. Only in Terengganu! Oh btw, thank you family apis sebab menjamu makanan yang sedap2, heheh. Dah kenyang apa lagi, terus gerak la ke Pulau. Jauh jugak, ambil masa dalam 3 jam kot. On the way nak ke pulau perhentian tu, ada la lalu 2, 3 pantai kat situ. SubhanaAllah cantik tak terkata, tapi tak sempat nak stop sebab nak rush naik bot ke pulau tu. Dah sampai kat jetty tu, pandai2 la korang nak park kereta kat mana, tapi jangan sebarangan, nanti kena claimed tak memasal. Bila dah sampai jetty, akan ada la orang2 yang dtg kat korang pasal pakej dorg. Jangan dilayan!! Weols park kereta kat belah2 kedai tu, memang selamat yang penting foc :D kalau kat tempat lain semua amek kesempatan suruh bayar. Apakah ? muka student kot, tak kan tak cam ? haha! ok, weols amek bot abg sani. Perjalanan bot dari jetty nak ke puau perhentian mengambil masa dalam 45 minit jugak, sempat lencun baju woi. Dah sampai pulau tu, masing2 nak redah sangat, dapat la bilik yang paling belakang which is kena jalan then kena hike anak tangga sket, baru la sampai chalet Rock Garden, not recommended okeh! kalau nak rasa berjalan jauh, sila lah tempah chalet tersebut. Memandangkan pergi peak seasons, what do u expect ? Confirm la penuh manusia kan. Weols stay di Rock Garden tersebut untuk semalam je, untuk second day cecepat cari bilik yang kat belah bawah, dekat dengan pantai. Cari punya cari, jumpa la 2 bilik chalet mira kot, ok la untuk one night stay. Sebab one day tu weols masuk pulau untuk snorkeling. For those yang nak snorkeling, jangan terus grab je, kena cari jugak. Kalau tak.. korang kena hentam mahal nak mamp! Dah setel snorkeling, esoknya check out untuk balik. Rasanya 4 hari 3 malam habis kat atas jalan je. Eh ? Sebab jauh weh. =.="


Heading to Pulau Perhentian.


View dari Pulau Perhentian Kecil.


View dari Romance Island. 

No comments:

Post a Comment