Friday, January 18, 2013

Bukit Tabur kami datang!

Assalamualaikum guys. Selamat hari jumaat. Di sini saya ingin memberitahu bahawa saya kini berada di Perpustakaan Awam Selangor yang terletak di Shah Alam, alaaaa yang masuk tv3 tu :D bukan datang sini semata-mata nak update entry je, tapi sebenarnya nak cari journal dan sebagainya untuk thesis saya tu. Tapi faham-faham jelah kalau dah ada wifi, full bar pulak tu pastu pastu berbelog lah. According to the title, perghhhh macam ayat lecturer je. Kitorang pergi Bukit Tabur kat Gombak rasanya, hehehe. Tak pasti kat mana, korang google lah sendiri, rajin plak aku nak sertakan map kat sini kan. Okay, semunya plan biasalah last minit, fara plan.. Alkisah nya konon-konon nak gerak pukul 7, at last semua bangun pukul 8. Itupun aku tolong kejutkan fara, kalau tak kelaut jugak rasanya. Nampak tak berbezaan waktu tu macam mana ? Hehehe. Dah godek-godek, sampai la pukul    11 macam tu kot. Bukit Tabur its different the other Bukit atau Gunung yang saya pernah pergi, banyak batu-batu then nak sampai puncak, amboii kemain tinggi lagi batu dia. Tak caya, meh tengok gambar kat bawah ni.



We are Ohana. 


Ni muka-muka suci yang dah tawan Bukit Tabur.


Nampak scary tak bukit batu-bata dia ? Si Paan sampai menguap nak tunggu aku turun :D


Tinggi tak kami ? 


View dari atas Bukit Tabur. Nak nampak jelas, korang naik lah sendiri. :P

Saje nak tunjuk kitorang ada atas puncak, hehehe.


Antara gadis-gadis pilihan yang berjaya menawan Bukit Tabur. Ecehhhh :D


Ni adegan-adegan masa Paan dengan Paris tolong ada budak tu beg dia terjatuh. Tu lah, dalam hutan jangan buat benda bukan-bukan. Sekadar pesanan.




Gambar I: Sibuk je si kremm berdiri bergambar sebelah.
Gambar II: Tengok muka masing-masing berkerut, aku agak dorg tengah fikir macam mana nak turun bukit yang scary tadi tu.



Ni bukan nak cover perut, saje nak posing nak tunjuk yang aku selim melim. Kan kan ? :P

Friday, January 4, 2013

Hiking Bukit Kutu.

Assalamualaikum ! Hai hai hai lagi sekali, hehehe. Nampak tak aku punya emosi macam mana hari ni ? Perghhh !! Non stop mengadap laptop sampai tak tidur, haishh sawan betul kalau dah dapat mengadap. Maklum la, bukan senang nak cari waktu lapang, sawah padi pun kalah dia punya lapang tu :D Alahhh sebenarnya nak tunjuk tahun baru azam baru, rajin sikit 2 hari update blog. Kalau dah busy tak hengat dunia tu, sampai setahun pun ada kot tak update. Dah dah, tak payah btau aku tau dah korang mesti menyampah gila dengan aku punya pujian diri sendiri kan kan kan ? Elehhh, senyum sorang sorang letteww :P Okay lah, tangan aku sebenarnya dah lenguh ni. Aku nak cerita pasal hiking ke bukit kutu ni, aku pun tak pasti kenapa bukit tu nama macam tu, nak kata ada kutu kat atas bukit tu takda lah pulak, yang ada banglo lama zaman tok kadok. Waktu nak pergi hiking ni abah tak kasi pergi sebab musim hujan plus masa tu arwah kak wila baru seminggu meninggal but at that time aku down gila, seriously. Tak payah jumpa, kawan kawan yang whatsapp ngan aku semua kata aku down gila. Nampak tak zaman dah moden ? Aku tak guna message dah, whatsapp tuh. Mulanya memang dah confirm ngan farah aku tak dapat pergi, then esoknya farah tanya lagi. Aku pun tanya la abah lagi, boleh pergi ke tak. Abah tetap tak kasi, okay lah kan. Aku tak nak jadi anak derhaka melawan cakap abah. Elehh, macam lah baik sangat. Takda la nak kata baik, tapi betul lah kan kalau jadi apa2 kat atas bukit tu macam mana ? Haaaa. Abah tengok aku tak keluar2 bilik, abah pun ketuk pintu bilik kata pergi la.. Tik tok tik tok sampai la kat bukit kutu tu. *tik tok tu sebab nak skip cerita masa perjalanan ke bukit kutu* lenguh tangan dah ni weh. Tapi tapi kan, masa naik gunung angsi tu aku tak pancit macam naik bukit kutu nih, jenuh gak nak sampai ke bawah tu. Terhegeh2, orang semua dah siap makan, mandi manda sungai dah masa aku sampai kat bawah. Nasib baik masa pergi tu ada yang baik hati tolong galaskan beg, credit to syi demok. Siap kena makan ubat kot, nampak tak dia punya lemah tu level berapa. Meh meh tengok gambar kat bawah ni meh. 



Oh, masa malam ni hujan lebat kot. Berbbq pulak tu. 


Apahal tah yang kat belakang tuh. Tak puas hati ?! :P


Masa ni nak balik dah, snap short just for awhile.


Tak tau apa nama kat belakang tu, cerobong asap eh ? Alaa, kalau omputih sejuk sangat, dia akan bakar kayu then atas tu akan mengeluarkan asap. Betul tak betul tak ? Maaf kalau silap, hehe. 


Ni namanya berteduh dan berehat seketika di batu tedung, sebab batu ni memang macam ular tedung.


Perghh, bergambar dengan YDP bukan senang :D


We are Ohana :)


Ni lah yang aku mention banglo lama tu.


Masa ni tengah nak naik, sihat walapiat lagi. Hehehe :D

Thursday, January 3, 2013

24.12.12 E-Day

Assalamualaikum, heyy there ! Before I starting with the new entry, I wanna to wish to all of you Happy new year 2013, May Allah bless all of us and sentiasa dapat berkat dari Nya, Ameen. Alhamdulillah my life starting with the great day :) Ahhh tiap kali nak update blog mesti poyo je nak beromputih. Okay okay la, aku tau korang mesti menyampah gila nak baca kalau entry dengan ayat mat salleh ni. Tengok, nama mat salleh jugak yang dipersalahkan, haishh. By the way, based on the title E-Day right ? This is about my brother his already engage dengan pilihan hatinya Ain Fadila Bt Shawalludin, ececece. Mereka diikat about 2 month only, pastu dorang kahwin dah. Memang abang aku ni selalu beno marah aku, marah sebab kekadang balik rumah lewat, alahh lewat sejam je pun. Marah sebab selalu sangat berkurung dalam bilik, eh berkurung dalam bilik pun kena marah. Nampak tak dia punya garang tu ? Hmmm. Dulu masa sekolah kawan kawan aku nak datang siap kena halau, handphone kena spot check. Malas plak aku nak menaip kisah zaman dulu. Bukan kata zaman dulu, zaman sekarang ni pun boleh tahan kena control lagi. Ehh, jangan nak meraban sangat boleh Nani ? Nak cerita pasal E-Day si gendut ni je, bukan dia punya garang tuh. Kalau ikutkan dia punya garang, even tunang dia selalu call aku mengadu Daus tu la, Daus ini la. Agaknya ms.tetunang si gendut ni lupa kot dia abang aku. Whatever it is, kadang kadang je aku boleh back up si ms.tetunang si gendut ni :D On that day, kami berkonvoi dalam 9 kereta kot ke Kuala Kubu Bharu. 1 kereta kawan si gendut, naik nissan baru tuuu and not bad handsome tapi malangnya yang tuan empunya kereta dah kahwin. Dalam kereta tu 4 orang, yang sorang tu je dah kahwin, 3 lagi belum kahwin. Photographer si gendut termasuk sekali dalam kereta tu, and the best thing dia minta izin dengan si gendut nak berkawan dengan adik si gendut, myself la. Hehehehe :) Nampak tak dia punya gentlemen tu ? Perghhh. Alaaa kawan je pun, kawan biar beribu kan kan kan ? Lupakan pasal photographer tu, tak penting pun. 2.3.13 tarikh si gendut akad nikah. Terasa macam dah mula kehilangan abang, bukan hilang apa, dah takda geng nak gaduh. Macam biasa la kan, malas nak menaip panjang lebo, ni pun dah panjang gila. Meh tengok gambar si photographer tu tolong snap kan, ecehhh :D



Candid :) 


Sesi menyarung cincin.


Selesai menyarung cincin, pastu dapat pelukan dari mak.


Dua-dua ni si gendut sebenarnya. Hihi :D


Both family side. Credit to mr. photographer :)


Nak balik dah masa ni, tetiba ada orang suruh duduk. Credit to mr. photographer :)