Sunday, July 21, 2013

Water Repelling

Hello! This is my second entry dalam satu masa, perghhhh rajin terlebih dah ni. Okay okay, ni cerita sebelum puasa punya cerita. Malam sebelumnya kami tengok bola final asia JDT vs Kelantan, alahh bukan kat stadium pun tengok kat mamak je. Habis tengok bola, dorang semua pergi karaoke, masa dorang tengah menyanyi tu la masing masing kata nak pergi mandi sungai. Sg.Pisang was selected! Tak tau kat mana ? Kat gombak sg.pisang tu, jalan nak ke genting highland tu tapi nak masuk ke sg.pisang kena jalan kaki sikit lah, kereta kena parking tepi jalan. Okay dah masuk jalan kaki lebih kurang 10 minit kot, sampai la sg.pisang. Mula mula dah nampak air terjun tinggi gila kot, dalam kepala otak tengah fikir macam mana nak turun. Sampai sg.pisang Paan and the gang bf Dalila dah siap siap ada kat sana dah. Nak buat water repelling tu kena masuk sikit lagi ke dalam, tak jauh pun dari tempat kitorang punya bakar membakar tu. Eh, macam payah nak bercerita. Meh tengok gambar meh.


Okay, ni first base kitorang. Tengah setting makanan.


Masih di base yang sama, tapi port lain bakar ayam. Ayam ala ala kenny rogers okeh, jangan memain :p


Haa.. Ni dia water fall yang nak kena buat repelling tu. Tinggi kan kan kan ? 


Okay, masa ni tengah bergaduh dengan win sebab dia nak turun dulu. Tapi at last, myself turun dulu. Hehe
Oh ya, gambar ni candid tau, ada si jejaka yang nak repelling ni jugak tolong ambilkan.


Nampak tak muka punya cuak tu ? Serius ketor lutut. 


Pastu okay dah sikit sikit turun. This is third one yang candid, credit to jejaka tak tau apa nama dia. TQ! :)

Ohana Iftar - Ramadhan 9

Assalamualaikum. Alhamdulillah, sedar tak sedar kita dah masuk bulan Ramadhan dah and now almost 2 weeks already. Dari bulan mei punya entry sampai la ke bulan julai baru ada masa nak update entry, tu pun nak kena ambil mood dulu. By the way, bukan takda cerita menarik nak share tapi masa tu kadang kadang cemburu sebab dari hari ke hari nak update tak jugak sampai la ke hari ni. Okay, firstly nak btau raya tahun ni memang tak macam raya tahun tahun lepas. Baju memang dah siap tempah tapi mood nak raya takda, dah hilang. Bukan sebab umur dah meningkat okeh, tapi sebab tah.. Nampak tak dia punya ayat macam orang bengong kat situ ? Bukan nak counting untuk wedding orang lain, tapi time flies so fast right ? Lepas raya dah nak kahwin, no more call from him, no more texting and no more video call. Chill lah kan, dah bukan jodoh dengan dia, nak buat macam mana kan kan kan ? Dah Allah dah tuliskan siap siap untuk kita siapa jodoh kita. Nampak tak ayat kedua yang macam orang bengong ? Okay dah, skip dengan cerita karut marut ni. 

Sebenarnya nak cerita iftar kami di Flaming, takda yang menarik sangat pun tapi saja nak share. Jatuh hari rabu masa tu, masing masing semua ada kerja, rushing nak ke flaming. Dalam wechat, orang pertama cakap yang tak tahu jalan dia jugak orang pertama yang sampai, yang paling dekat patut sampai, dia la paling lambat. Tak kisah la kan, yang penting semua datang sebelum berbuka. Gambar tak banyak ambil, gambar makanan pun tak ambil sebab mungkin penat masa tu. Okay, meh tengok gambar kat bawah. Meh meh meh.


Si gadis Ohana :)


Si jejaka Ohana.


And full image, We are Ohana :)