Sunday, July 21, 2013

Ohana Iftar - Ramadhan 9

Assalamualaikum. Alhamdulillah, sedar tak sedar kita dah masuk bulan Ramadhan dah and now almost 2 weeks already. Dari bulan mei punya entry sampai la ke bulan julai baru ada masa nak update entry, tu pun nak kena ambil mood dulu. By the way, bukan takda cerita menarik nak share tapi masa tu kadang kadang cemburu sebab dari hari ke hari nak update tak jugak sampai la ke hari ni. Okay, firstly nak btau raya tahun ni memang tak macam raya tahun tahun lepas. Baju memang dah siap tempah tapi mood nak raya takda, dah hilang. Bukan sebab umur dah meningkat okeh, tapi sebab tah.. Nampak tak dia punya ayat macam orang bengong kat situ ? Bukan nak counting untuk wedding orang lain, tapi time flies so fast right ? Lepas raya dah nak kahwin, no more call from him, no more texting and no more video call. Chill lah kan, dah bukan jodoh dengan dia, nak buat macam mana kan kan kan ? Dah Allah dah tuliskan siap siap untuk kita siapa jodoh kita. Nampak tak ayat kedua yang macam orang bengong ? Okay dah, skip dengan cerita karut marut ni. 

Sebenarnya nak cerita iftar kami di Flaming, takda yang menarik sangat pun tapi saja nak share. Jatuh hari rabu masa tu, masing masing semua ada kerja, rushing nak ke flaming. Dalam wechat, orang pertama cakap yang tak tahu jalan dia jugak orang pertama yang sampai, yang paling dekat patut sampai, dia la paling lambat. Tak kisah la kan, yang penting semua datang sebelum berbuka. Gambar tak banyak ambil, gambar makanan pun tak ambil sebab mungkin penat masa tu. Okay, meh tengok gambar kat bawah. Meh meh meh.


Si gadis Ohana :)


Si jejaka Ohana.


And full image, We are Ohana :)