Monday, October 10, 2011

Meowww vs Ggrrrrr


Assalamualaikum..

lama gila tak update . Bizi tahap cipan kot .. ok ok , tak payah nak meraban banyak sangat la nani , straight to the point jela .. tapi kalau straight sangat pun stress la pulak .. last update masa bulan puasa hari tu je , kisah2 raya semua memang tak sempat nak masukkan .. eh , masa raya hari tu siap pegi bercuti kat Langkawi tau , hehe . ala , bukan nak cerita pasal bercuti kat Langkawi tu pun , sebenarnya kan nak cerita pasal classmate saya yang 3 orang tu .. nama dorang kan , yang paling garang sekali Shalini , huuuu kalau dah marah memang tak hengat dunia punya la .. tapi kalau bab bergosip kasi la story apa pun kat dia , semua nya dia update , heheh . yang kedua Suthasiri , haaa . ni tak tau dia punya karakter macam mana , kadang2 sensitip , kadang2 kelakar , kadang2 talkative , kadang2 jadi pendiam pun ye jugak .. eh , bila masa pulak si Sutha nih pendiam ? O.o . si ketiga ni .. haaaaa , pasal BUDAK KURUS ni paling menarik cerita dia .. dia sebenarnya pandai berlakon tau , tambah2 lagi cerita yang menyayat hati .. hihihi , jangan marah eh mia :D . she's very happy go lucky person actually , walaupun dia ada masalah muka dia tetap senyum kadang2 rasa macam nak kasi tamparan manja je , heheh . okay , tercipta la al-kisah 3 sekawan ni .. Sha kereta dia kereta kotak " I yg panggil kereta u macam tu tau Sha " , Su pulak kereta mainan , " Sha yang cakap tau su , bukan I " , Mia pulak kereta dia vrroomm vrroommm , dari jauh lagi dah dengar kereta dia sampai , ini takde sape2 yang cakap , dia sendiri yang mengaku .. hehe . bila kereta2 kami berlumba , selalu di hadapan kereta Sha la , dia bawak laju gila kot .. serius macam nyawa nak melayang je kalau ada dalam kereta dia , Sha , u tak sayang Dr. u ke ? ngeh3 . pastu diikuti kereta mainan , Su punya kereta .. eh , dorang boleh menang sebab banyak sangat mengelat , tapi saya tak .. pemandu berhemah la kate kan hihihi , " mesti dalam hati semua yang baca ni perasan betul la nani ni " what to do ? :D . Eh , tetiba teringat si Nor Baieah , Sha cakap anggota baru , hihihi . dia paling pendiam di antara kami2 ni , so tak banyak cerita pasal dia .. nak tau kenapa title atas tu meowww vs ggrrrrr ? sebab meoww tu kami2 yang lemah lembut sopan santun , ggrrrr pulak si Shalini yang garang macam singa , hihihihihi .


P/S : Jangan marah ye kalian , sekadar menghilangkan stress di malam hari ! :D




Dari kiri - Mia , Shalini , Me , Sutha


Si budak kurus , Mia dan Si budak demok , Me :D


Budak demok dan Double Demok " Mia kasi title tu " heheh

Friday, August 12, 2011

Ifthar precious moment

Assalamualaikum semua! sedar tak sedar, rupanya dah masuk bulan puasa dah. cepat betul masa berlalu *ceh, ayat nak skema je*. okay, Alhamdullilah setakat 12 Ramadhan ni saya puasa penuh lagi, dan kadang2 tu ada jugak la terfikir nak berbuka secara tak sah, itu memang dah tak tahan tahap gaban dah tuh, penat gila kot. bulan2 puasa pun jadual class sangat pack, tapi semua berjalan dengan lancar. satu2 keje dah siap, tapi bila dah satu keje nih, ada pulak report lain yang nak kena siapkan. haihh! ini la nama nya dugaan bulan puasa kan, sabo je la. okay, bab2 class ni suma, kita tinggal jap.. bukan tinggal terus, tapi tak yah cerita dulu la. nih, nak cerita pasal berbuka puasa bersama ex-ex Diploma dulu, wallaweh! happening gila kot, plus tempat tuh suma saya plak yang survey dan booking. nak dijadikan cerita, dah la saya yang deal sume ni, mula-mula amek sha a.ka Rysha Rahiza then sampai kat batu caves, amek plak datin terhormat ateng a.k.a Fatin Atira.. borak punya borak, pastu bajet bagus tau jalan la sangat kan.. terlajak, confuse, dan lapoo ada sket la, adat la kan.. time puasa, haha. okay, dah terlajak tu, kalau dekat takpe, ni sampai ke Ampang sana tuh. padahal Kunang-Kunang kat Gombak, tengok2 nani punya keje terlajak sampai ke sana.. pastu kami try la call Ean Afandi a.k.a yan, tanya dia kat mana.. nasib la dia ada kat area2 kami terlajak tu je.. kami pun berjumpa di satu destinasi ni, pastu sampai la kami di restoran tersebut. dah sampai tu, 1 geng plak call kate tak tau jalan nak ke Kunang-Kunang, yan pun dengan baik hati amek mereka di tempat yang dijanjikan.. kami yang berada di restoran tersebut, amek la makanan dulu.. dan 5 minit selepas waktu berbuka, mereka yang lain pun sampai.. dah selesai makan semua, perut pun dah kenyang gila.. al maklum la, buffet plak.. hahaha. kami pun plan nak ke danau kota malam tu, yang laki2 nak pegi mana tah.. yang tinggal kami2 wanita2 solehah plan menjadi nak ke danau kota.. dan sampai danau tak bukak lagi, yan pun ajak la pegi ke Wangsa Walk konon-konon nak main boling la, padahal sampai je sana tibai karoke, haha. paling sedap suara Rysha Rahiza la, ala2 mariah carey youuuu. kami pun tak lama kat sana, yang pun dah nak kena balik.. berbalik pada plan yang sebelum nya, kami pun otw nak ke danau.. tup2, dapat sms dari Farah 'Aliah yang dia kena balik.. daripada 3 buah kereta, tinggal la kami sebuah kereta je yang dinaiki oleh saya, sha, dilla dan ateng . sampai je danau, kami supper dulu kat Restoran Pak Li, hehehe. masing2 dah nyanyi , perut dah lapoo. borak2, sedar2 je dah pukul 1.30.. kami pun bergegas la cari barang apa yang patut. semua nya selesai dalam pukul 2am, gila lewat weh! btw.. masa tu kami semua have fun gila la.. lama dah tak jumpa dorg, borak2, tu yang masa berjalan pun dah tak sedar. tengok eh gambar yang sempat kami capture time tu, ada orang DSLR la katekan. hihihihi


see . Book by Noraini okay! =p

Bill kami malam tu

suara budak ni la yang saya kata sedap gila tuh . hehe

all the geng , credit to pak cik Rafeel


all the geng after Ifthar

Tuesday, June 28, 2011

Safara Nurul Nadia bt Zamri .. post ni khas untuk kau ! :) .

zaman dulu kala :)


Tadi komen2 dengan fara kat fb , dia cakap aku senyap , dah tak nak kawan ngan dia .. eh , aku tak penah lupa kawan2 aku la , even kawan aku masa tadika pun aku tak penah lupa . mesti kau pelik kan nape aku tulis entri ni khas untuk kau ? nak tau sebab apa .. sebab nya kau la kawan aku yang dulu sanggup dengar luahan hati aku , tak penah jemu walau sekali pun .. dulu , bila aku sedih mesti aku call kau kan ? kau banyak nasihat aku .. pasal pakcik , ingat lagi tak ? hehe . kau panggil shahril pakcik kan , kadang2 kau marah ngan dia sebab dia banyak buat aku nangis .. nak tau fara , aku tulis entri ni mengalir air mata aku tau , aku rindu masa kita dulu , pegi class sama2 , makan sama2 , convo pun sama2 , aku jadikan mak aku , mak kau jugak sbb masa tu mak kau tak dapat datang kan .. aku nak cakap dengan kau aku rindu kau , aku segan .. so , bila kau cakap kau follow blog aku ni , aku tak teragak2 nak tulis yang aku rindu kau . kadang2 aku rasa macam aku dah kehilangan sorg kawan baik aku , yang dulu suka marah2 aku bila aku asyik nangis pasal shahril , kau suka membebel kat aku , suruh aku tinggalkan dia . fara , kalau kita tak lost contact , kalau tak letih push aku lupakan dia , mesti aku dah boleh lupa kan dia . mesti aku dah takde nangis2 lagi kan .. tapi sekarang ni air mata aku mengalir bukan sebab shahril , tapi sebab kau . very the terharu tak ?! hehe . btw , bila lagi nak datang rumah aku makan gulai tempoyak yang mak aku masak ? :)

Monday, June 27, 2011

Jangan Bersedih : Jadilah Wanita yang paling Bahagia

Bunyi nya macam serius je kan , hahaha . ok , ni la tajuk buku kesayangan saya buat masa ni , it makes me inspiration and strength . tiap kali dia buat saya nangis , saya baca buku ni supaya saya boleh tahan air mata saya daripada mengalir . saya tak pernah cari buku ni , dan tak tahu pun penah wujud . one day , saya and she Putrie Amira jalan2 tengok wayang , and she nak beli kad untuk fathers day , masuk2 je MPH terus nampak buku tu , tak fikir panjang dah terus beli . hehe . lepas je ada buku ni , mana pun saya pegi saya akan bawak . lantak la org nak ckp buat berat ke apa ke , tapi saya sangatsangat senang dengan buku tu .. saya tertarik dengan ayat ni :

Tiada suatu kegembiraan pun yang kekal bagimu
dan tiada suatu kesedihan pun
dapat mengembalikan kepadamu
sesuatu yang telah hilang - Dr.'Aidh Bin 'Abdullah Al-Qarni

Saturday, March 19, 2011

Andalus time

Tanpa dirancang dan terus bergerak dari kampus kami. Siti Aisyah "bukan nama sebenar" heheh, telah membuat perancangan secara mendadak. dia telah mengepost di wall fb saya "nani, jom ikut kami makan makan lepas class hari rabu nanti". tanpa segan silu, saya membalas, okay.. bajet makan malam kat depan faculty of business jee, at last ajak sampai ke andalus restaurant. heyy, dengan berbaju tshirt dan jeans, terus shoot dengan menaiki 2 buah kereta. sesudah sampai dan sebelum masuk parking ke restaurant tersebut, boleh plak sesat jalan, nak parking je kot time tuh, dan termasuk plak di sebuah hotel yg sgt besar belakang pavilion dan bersebelahan restaurant tersebut, 'apa nama tah hotel tu'.. dengan muka tak malu, saya bertanya kepada jockey hotel tersebut "nampak kereta myvi kaler putih tak "? lalu.. jockey yang berbangsa bangla tu pun pantas menjawab "ada.. tapi kereta tu dah keluar di simpang depan tu" kemudian.. saya pun membalas "okay la, saya pun nak keluar, saya nak parking kat restaurant andalus tu, tapi saya salah masuk simpang pulak" muka mat bangla tuh bengang gilaaa. mintak mangap la yee. hahaha xD


Barbecan strawberry, ice cream cake and chicken kebab :))

bersama mia ;)

color of full andalus

tetiba jadi mata vampire. tak tau la sapa punya keje. haihh >.<



Friday, March 18, 2011

I/O

I/O ?? menatang hape tuh ? hah. tu lah paper exam yang macam menyakitkan hati, Industrial Organizational, sociology work and industry, sume menyakitkan hati je.. okay okay, takpe nani.. awak kena banyak bersabar.. yang penting awak dah habis berusaha sampai tak tido malam, bersengkang mata dari pagi sampai ke malam awak kat library tuh.. awak dah tunjukkan effort awak. memang Prof. psycho lebih la kan.. kata nye banyak soalan final keluar dari soalan test yang lepas, at last kuar final soalan macam sucks ! Industrial Society ?! memang tak sentuh bab tu lansung masa study.. dan si dia tak habis habis membebel siang dan malam suruh study.. study.. study dan study. heh ! tak tau pulak yang saya sampai pening pening nak study.. btw.. sekarang ni cuti semester dah start pun, cuma duduk di rumah saja menunggu result. kalau la jadi apa apa dengan result tu, memang saya tak kan hidup dah kot dalam dunia ni.. redha jela. kereta, duit, dan sume sume dari abah tak kan dapat dengan senang.. sume tu ditarik balik kot. Ya Allah.. Kau permudahkan la perjalanan ku Ya Allah.. izinkan hamba mu ini lulus dengan cemerlang sampai la habis degree.. hehe. Amin.. ;D

*ayat nak poyo je!* =p

Friday, February 18, 2011

Cuba untuk menghiburkan diri

Okay.. firstly, Assalamualaikumwarahmatullahhiwabarakatuh..

Hampir sebulan pun tak update blogger saya, dah naik bersawang kot.. hehe. sebulan ? rasanya bukan lama pun, tapi macam-macam yang jadi, ada yang okay, ada yang tak, ada yang menyakitkan hati.. kalau nak update pasal hati yang sakit nih, sampai bila-bila pun tak kan habis nye la, so malas nak mention. dah lama tak update, tetiba ada love
story pada 15.2.11 jatuh pada hari selasa iaitu hari Maulidur Rasul seorang lagi kawan saya melangsungkan pernikahan dengan buah hatinya iaitu fikri.. haihh, semua nya dah kawen.. tinggal saya and one of the my bestie synthia je yang belum kawen, calon pun belum ada kot.. kalau ada pun, asyik kena reject je ngan mak.. tah sape yang nak kawen pun tak tau la.. mak saya sangat choosy. dah la.. malas nak typing panjang-panjang.. hehe. below a few picture yang sempat saya capture. tengok jela :P


saya dan pengantin fara wahida & fikri

ni namanya pengantin dan pengapit mengumpat. haha.. ckp apa tah masa nih, tak sedar pun gambar kami dah kena amek. hehe

ececece.. poyo je minah baju merah tuh, mcm la dia yg nikah.. hehe. btw.. mereka berdua selamat diijabkabul kan. Amin

setibanya kami di Masjid Kuala Selangor

muka dua2 nervous, padahal sorg je yg nak bernikah. baju merah tu lak yg lebih2.. hehe

pengantin yang sengal dan sporting.. heheh :))

lokasi : posing dalam bilik pengantin jap.. hehe


And.. one day yang paling best kami satu keluarga bercuti ke Kuala Terenggau, make me happy so damn much. rasa macam tak nak balik je, plus ada tourist guide yang kacak dan bergaya, heheh. kami bertolak hari pertama raya cina, dan hari pertama tu tido di rumah family di Pahang dulu, gilaaa la kalau nak terus drive ke Kuala Terenggau, jauh nak mampos.. dah la driving my own, mak jadi co-pilot kat sebelah dan abah jadi boss kat belakang. by the way, penat-penat pun kami sangat happy happy gila gila sampai sana..


suasana kereta yang sangat jammed time nak isi minyak kereta. lokasi : Pahang

pemandangan di Cherating. credit to Redzwan Azlan

bersiap sedia bertolak ke Kuala Terengganu. Masa : 11.30am

sebelum gerak, sempat jap amek gambar ngan abah. hehe

motif : mamat sebelah tuh tourist guide kami, dia kacak okay.. dan yang penting.. dia duduk sebelah saya. hehe


kami yang baru tiba di Kuala Terengganu dan sedang menuggu tourist guide

lokasi : Rantau Abang, Terengganu

4 orang anak buah saya. hehe

Mereka buah hati saya

pemandangan otw ke pasar payang

Sunday, January 2, 2011

Bermula nya episod baru 1.1.11

bersiap sedia untuk ke masjid

menunggu detik untuk bergelar isteri. heeeeee

Rashid dan Hemi selamat diijabkabul kan. Amin


1.1.11 tarikh yang sangat cantik dan tepat untuk perkahwinan. selesai semua nya perkahwinan kawan baik saya, teman serumah saya dan juga teman sebilik saya. rasa nya macam cepat je masa berlalu.. tup2, kak hemi pun dah kawen. saya pengapit berdebar gila mengalahkan pengantin, hehehe. pertama kali kot, gila tak cuak.. semua orang pandang atas pelamin tuh. dengan sekali lafaz je kak hemi pun dah bergelar isteri kepada Rashid bin Mansor. Alhamdullilah semua nya berjalan dengan lancar sehingga selesai majlis di sebelah pihak perempuan. ok.. malas nak type banyak2, tengok jela gambar2 yang sempat saya capture.. heheh


eksklusif. selamat pengantin baru kak hemi :)

salah satu hantaran yang menarik perhatian saya. hehe

hantaran bagi pihak perempuan kepada pihak lelaki

amek berkat bergambar dengan pengantin. hihi

berkat lagi. :))

dan lagi. hehehe

makan beradab bersama pengantin

ok. ini yang paling nervous sekali, jadi pengapit untuk pertama kali

kak hemi kelihatan tenang ketika menunggu ketibaan pengantin lelaki

pelamin sebelum di rasmi kan lagi. sangat indah dan cantik :)