Sunday, April 14, 2013

Abang manja kita dah kahwin.

Assalamualaikum. I'm back after 2 months. Dalam keadaan stuck dengan idea idea untuk thesis, merayap bukak album gambar pastu tersinggah ke blog pula. Seriously, kalau korang ada anak one day, jangan la pilih course yang ada thesis, susah ya ampun. Hmm.. Bukan nak merungut, tapi serabut bila ingat thesis, nak pergi mana mana pun tak senang bila fikir pasal thesis. Aku dapat rasakan yang berat badan aku turun disebabkan thesis, oh.. Itu perkara biasa. Tapi kawan aku pernah cerita, kalau kita buat kerja atau buat apa apa pun kerana Allah s.w.t semuanya akan dipermudahkan. Aku tahu, nak senang bukan nya mudah kan ? Senyum jela yang mampu. Ramai yang dah macam terasa hati ngan aku, kata aku macam susah dah nak jumpa. Ya Allah.. Cuba korang faham situasi aku. Cuba korang baca entry yang aku update apa itu pengorbanan. Well.. As usual lah kan bila aku update blog mesti something wrong, hehehe. Sometimes jelah. Dengan mencucuk earphone di laptop dan mula membukak folder Paramore, aku memasang all playlist Paramore dan mula terasa nak meng-update entry ni. Padahal kerja belum settle, ehh kalau fikir kerja apa pun tak boleh buat. Btw, aku bukan nak membebel pasal thesis aku ke pengorbanan aku ke hape. Aku nak update pasal abang kita dah kahwin selepas 3 bulan dia bertunang and now he's already married. Okay, nak cerita pada 1.3.13 pada jam 3 petang mereka berdua telah diijabkabulkan. Pada 2.3.13 pulak reception belah perempuan dengan bertema kan warna biru. Uish seriously abang aku tak nampak kacak time tu sebab dia kena pakai songkok dan errr.. tak kena dengan dia. Kesian mak tak berapa nak puas hati dengan penampilan abang masa tu, tapi ayu nampak cantik dengan dress nya. Then pada 9.3.13 reception rumah kitorang pulak. Reception rumah kitorang abang tak nak ambil pelamin sebab katanya membazir lagipun dah bersanding rumah perempuan kan. Biasa la lelaki, kalau boleh nak seringkas yang boleh, dan mak pulak request kat abang beli blazer. So untuk memenuhi permintaan mak tersayang, dia pun dua malam sebelum kenduri tu keluar shopping kat Zara, saja je nak jadikan issue mention Zara. lalalala. *boleh tahan bagus jugak abang aku ni sebenarnya* Dan si isteri pun beli dress kat mana tah. Okay lah, pada hari reception alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan tetamu pun lebih ramai dari yang dijangka. Katering pun ramai yang puji sedap. Mak cakap kalau ada rezeki, masa aku kahwin nanti pun mak nak ambil katering yang sama, mak kata lah, mak yang kata okay, bukan aku :P Insyaallah kalau ada jodoh, kahwin lah aku nanti. Ameen..



Me, Ayu and Mr.Ferdaus. 


Abah melayan tetamu yang hadir.


Dari kiri susu, Umi, Ira dan Cik Ros. 


Mama, Farah Dalila, Farah Dayana dan Farhan. Thank you for coming.


Sesi makan beradab dan potong kek. 


Kak hemi, Rashid and her son Qaid pun datang. She's my ex-roomate masa ambil diploma and until now we are still contact to each other. Remember, persahabatan tu penting. Rahsia kami kekal berkawan lama ialah jaga hati sesama kawan :)


Kawan-kawan my nephew yang banyak tolong katering masa majlis ni.


Belakang tabir pun sibuk suruh ambilkan gambar.


All my housemates and two men's at the circle table. 


Guess book.