Thursday, December 9, 2010

Bagaimana perasaan seorang lelaki ketika disakiti wanita

Ketika disakiti lelaki kebanyakan wanita akan menangis. Seorang wanita boleh menangis berjam-jam, bahkan mungkin berhari-hari. Saat itu perasaannya nampak begitu terseksa. Namun, dalam waktu yang singkat, perlahan-lahan kesedihan itu pun akan hilang tanpa disedari. Wanita akan kembali ceria seperti sebelumnya. Tapi, jika seorang lelaki disakiti, hampir tidak akan ada air mata yang akan menitis. Seolah-olah mereka tidak mempunyai rasa kesedihan walau sedikit pun. Sebaliknya, yang nampak dalam diri mereka hanyalah kebencian dan kekecewaan kerana disakiti. Namun, jauh di lubuk hatinya yang paling dalam ada sebuah kesedihan yang terpendam. Meskipun waktu telah lama berlalu dan semua hal telah berubah, tetapi kesedihan itu masih melekat dan kadang-kadang muncul dalam ingatan secara tiba-tiba. Tanpa diduga ketika menyeberang di jalan bersama teman sekuliah nya, seorang lelaki tiba-tiba terkenang pada saat ia menyeberang bersama dengan wanita yang menyakitinya. ingatan nya tertuju pada wanita tersebut. Ia akan ingat bahawa wanita tersebut adalah wanita yang pernah begitu dicintainya dan saat itu terasa begitu menyakitkan bagi seorang lelaki. Hal ini biasanya tidak terjadi hanya sekali, tetapi berkali-kali. Bayangkan betapa terseksanya perasaan seorang lelaki. Dalam sekejap perasaan lelaki akan berubah dan mereka akan terasa sangat down. Lelaki seakan menjadi lemah dan rapuh. Namun, mereka berusaha menutupi nya dan tetap memperlihatkan sikap sewajarnya untuk memulihkan perasaan mereka sendiri. Sehingga tiada seorang pun yang merasakan, kecuali hatinya sendiri yang terguris. Lelaki akan terluka dan memendamnya sehingga ia benar-benar boleh menghilangkan luka tersebut dari dalam dirinya. ternyata lelaki sangat ego, dan menyembunyikan perasaan kecewa mereka.