Thursday, May 28, 2015

Hiking tapi bukan Hikers!

Assalamualaikum.


23.5.2015, sabtu - Bukit Kutu. Okay ini repeat kali kedua hiking Bukit Kutu Kuala Kubu Bharu. Al kisah tak berapa nak plan pun sebab si farah call time tu pukul 12am aku dah kelaut pun, dia tanya jadi pergi ke idok. Ok lah tengah mamai2 aku pun kata ok plus sabtu tu takda plan lain pun melainkan balik rumah parents. Pukul 12am farah call, pukul 4am bangun siap2 pastu ke shah alam dulu, pusing2 shah alam pepagi buta tu *I know you're reading this, always sesat jalan* wakaka! Okay takpa.. plan jumpa farah kat petronas nak menghala ke Rawang. Gedebak gedebuk, sampai la ke Bukit Kutu pukul 8.30am. Cari parking bagai, warm up jap start hike pukul 9.30am lebih kurang. 2 tahun lepas aktif sikit2 bab hiking ni, pastu stop.. pastu aktif travel, dah macam addicted tak nak stop. Tapi tak boleh, kena stop jugak one day. Honestly memang nak hike tu dah btau dorang awal2 lagi, takda stamina langsung.. mula2 hike tu ok, pastu dah kelaut. 


Batu tedung, Bukit Kutu. Ni kira pertengahan bukit
sebelum sampai ke puncak. 

Dah sampai Batu Tedung ni kira macam dah lega sikit sebab dah sampai pertengahan, dah tak larat woi! Aku paling last la antara dorang semua ni, takda energy. Sobss.. 3 jam naik 3 jam turun, 1053meters @ 3456kaki. Tinggi kan kan ? 


Photo candid credit to Farah "kot" nampak senyum kan ?
Tak tau plak nak naik atas ni istighfar beratus kali. 

Mula nak naik kat atas puncak ni, dah surrender dah.. Tapi dorang cakap "naik je nani!! naik je!! jangan pandang bawah" Oh ok macam kena marah sket :( but eventually sampai jugak atas batu ni.  


Dah pandai naik, pastu fikir cemana nak turun. 
Gayat weh, tak tipu! :(

Nak sampai ke atas batu ni, kena panjat tangga tu.. pastu bayangkan bawah tu macam curam. omg! Dalam kepala otak fikir, kalau jatuh ni.. Tak dapat nak sampai ke next travel nnt, eh ?! :p 


Dah selamat turun selepas bertarung dengan batu dan tangga tersebut.
Haha! 

Dah turun dari puncak, nak singgah ke banglo peninggalan zaman tok kadok. Nak tau history pasal banglo kat Bukit Kutu, google sendiri! :p 


Gadis2 tu semua sado, kecuali aku. 

Background tu lah banglo peninggalan zaman penjajah dulu kot, memang dah usang. Nak sampai banglo ni dari puncak, kena daki sket lagi lebih kurang 20 minit macam tu. Tak jauh pun, tapi penat gak. 


Ohana tanpa sirwin. 
Photo candid credit to Eila. Thank you! :) 

Sekian cerita hiking tapi bukan hikers, sekali sekala boleh. Sekali hiking, dah turun macam nenek tua tahu! Tapi kalau tak hiking, bak kata dalila zaman bila tah nak jumpa nani. Ok dah jumpa, from deep in my heart, I miss you Ohana! 

No comments:

Post a Comment