Saturday, September 27, 2014

Abang Bad & Cik Dira Big Day

Assalamualaikum


Di suatu petang yang agak redup macam nak hujan, rajin pulak hari sabtu mengemas bilik lap2 habuk kat almari dan katil selepas wedding abang bad. Family ramai katakan, bilik limited.. so one of my room jadi tempat berkumpul. Penuh gak la bilik habis semua buat port, tapi takpa sekali sekala. Selepas 2 tahun lebih abang bad jadi single father and eventually he choose cik dira as a wife which is his colleague. Mula2 kenalkan tu kawan biasa je 'konon', tup2 dengar dah nak kahwin.. Alhamdulillah, tu namanya jodoh kan.. Even kalau dah kawan bertahun pun, kalau Allah dah kata dia bukan jodoh kita, buat la cemana pun tak kan bersatu. Persiapan sebelum kahwin tu memang superb, tunang 3 bulan je kot rasanya pastu kahwin. Nikah pada 13.9.2014 and reception belah perempuan 14.9.2014.. And the following week pulak rumah lelaki 21.9.2014.. Kami dari pj satu kereta je, nak gerak dulu ke KL beli fresh flower dan family yang lain gerak lambat sket sebab kat rumah perempuan nak kena setting hantaran dan abang bad nak cari barang which is emas untuk batal air sembahyang. So kami sampai ke Pekan Raub dalam pukul 12 macam tu kot, so dah siap beli barang semua kami menuju ke Kampung Melayu Sempalit, Raub Pahang. Sampai2 je cari masjid, selesai solat kami ke kedai makan terus sebab dah tengah hari semua dah lapor. Selesai kami makan dalam pukul 3 lebih kurang, dan kami pun ke Homestay Wawa yang terletak tak jauh dari rumah cik dira, dalam 10 minit je. Homestay dia walaupun kawasan tak berapa luas, tapi kami semua puas hati sebab service owner homestay tu bagi memang 5 star lah! Siap ada "abang kawasan" kucing2 kat situ yang demok2 :D Abang bad sewa 5 buah bilik untuk kami sekeluarga, so setiap2 abang2 kakak2 semua ada bilik masing2.. kami rehat2 jap kat homestay tu, dan buat persiapan untuk malam abang bad bernikah. Lepas isyak kami sekeluarga dah siap2 nak ke rumah cik dira, selesai nikah dalam pukul 11 malam tu. Tapi abang bad kena ikut kami balik homestay jugak, hehe. 



Muka budak tembam gigi besi ni depan sekali, harus lah kan! Pegi iollss yang drive k.. 
Dah nak sampai Pekan Raub baru tukar driver. =.="



Waktu ni nak beli gelang untuk batal air sembahyang.
Why so serious? Abang bad tak garang pun, but dont mess up with him. Handle with care :p



Rasanya waktu ni dengar tok kadi tazkirah sikit2 pasal rumah tangga.
Tak dengar sangat sebab suasana riuh. And the best part is, mesti tok kadi akan tanya..
"betul awak nak kahwin dengan dia?" 





Try your luck to play this video during Solemnization Abang bad & Cik dira.
Looks like Abang bad quite nervous. 




Alhamdulillah. Mak abah with groom and bride after solemnization. 



En pengapit and me with groom and bride.



And the last part after solemnization is pictured with the whole family! Weeeee


Selesai la majlis akad nikah pada malam 13.9.2014. Keesokan harinya ialah hari reception abang bad di Dewan Kg Melayu Sempalit, juga tak jauh dari homestay kami. The reception should be at the hall around 12pm like that, biasa lah kawasan kampung kan so majlis awal sikit. Kami sampai dulu, nak tunggu pengantin lama woo.. pukul 1.30pm baru sampai dewan. 



Weollsss berada di hadapan dewan tersebut. 
Picture with mak, kakak2, kakak2 ipar and bibik. Dan bukannya geng mak jemah ok! Heheh



During the reception, groom and bride with his son captured :)



Okay, selesai bersanding pengantin ke meja makan beradab.
And iollss dipaksa duduk di meja tersebut okeh. But the best part is makanan pengantin sedap!


Acara memotong kek.


Okay, dengan itu selesailah majis resepsi di sebelah pihak perempuan. The next following week 21.9.2014 majlis bertandang ke rumah pihak lelaki di petaling jaya. Hari jumaat tu balik je kerja terus shoot ke kajang amek mak abah, penat woo plus jalan jem ya ampun.. sepatutnya sampai 1 jam je, tapi 2 jam lebih baru sampai rumah mak. Lepas solat isyak terus gerak balik ke pj, takda rehat pun walaupun time tu rasa cam dah flat sangat dah, tapi takpa bukan selalu nak rasa macam tu kan. Sampai rumah pj around 11pm, semua yang kat rumah dah start sibuk packing goodies bag. Packing awal2 sebab esoknya sabtu malam ada kenduri tahlil arwah kak wila. The next day majlis doa tahlil berjalan dengan lancar, catering malam tu pun sedap. Pada 21.9.2014 resepsi belah lelaki berjalan seperti yang dirancang, tetamu pun ramai yang hadir termasuk Ducati Crew dan kawan2 if you guys read this, thank you for coming everyone! 



Pengantin pun sampai dan berarak masuk ke dalam khemah



Gambar ni agak blur sebenarnya, lupa dah siapa yang snap *teruk bebenor ghopenye*
Me with cousins and kakak2 iollsss yang demok2. Hehehe :p


Terjumpa kawan sekolah menengah dah bertahun2 tak jumpa.
At last jumpa kat wedding abang bad, rupanya ex colleague abang bad from mrcb.


She came alone, she rush from Serdang and have to go to work at 6pm.
And.. thank you so much for coming babe! loveeeeeee


Tiap kali majlis kahwin mama, farah dalila and farah dayana mesti kena datang.
Thank you to all family! Me love you.


Anddddddddd my favourite people. Thank you for coming guys!


Pernah dengar tak lagu lirik dia macam ni "berakhir sudah.. pencarian cintaku, jiwa ini tak lagi sepi hati ada yang miliki.. Aku akan menikahi mu.. Aku akan menjagamu.. Ku kan selalu disisimu seumur hidupku.. " blablabla. Lagu dari Pasha Ungu ft Adelia, Penghujung Cintaku. My favourite song ever! Kalau tak pernah dengar, sila dengar. Sangat best, dan lirik dia deep habis!

Dengan ini, iollsss labuhkan entry dengan ucapan thank you in advance to all readers! 

No comments:

Post a Comment