Sunday, September 7, 2014

Cebu Philippines, here we come!

Assalamualaikum. Heyy welcome back nani after a year ago dah tak mengupdate, busy katanya. Oh ya btw dah setahun tamat belajar as Psychology student. Wooohooo! InshaAllah bulan 11 ni konvo. Okay, selepas setahun aku datang dengan entry which is we're going to Cebu Island, Philippines uolsss. The trip has planned early this year, 4-6.9.2014 ok lah kan 3H2M je, watpe nak lama2 nanti bosan. Hari pertama kami bertolak dari Shah Alam seawal 4.30am okeh, ambil Nazmi kat sect 2 kot, alaaa yang area rumah hantu yang femes tuh! Haha *sory nazmi* selesai ambil Nazmi, kami ke Cyberjaya ambil Amir pulak. Tu satu hal, pusing2 cari lokasi tak jumpa.. kelaut peginya, sampai la jumpa sorg uncle ni yang tengah jogging.. tanya2 pusing ke Rosavilla kot nama tempat tu, jumpa la si Amir ni. Kami plan nak sampai ke Bandar Enstek before 7 sebab nak parking kat sana, kononnya nak breakfast dulu at last kelaut gak sebab lambat jumpa rumah. Standard kalau tak sesat bukan Nani lah namanya, hahaha! Sampai je kat Bandar Enstek pukul 7 lebih gak kot, dah selamat parking kat situ dan kami pun bergerak ke KLIA2, flight kami 10.40 rasanya.. Jauh woo nak jalan check in tu. Dalam flight tak order makanan pun, bajet boleh tahan lapor memasing muka takleh blah dah. Kami sampai ke Mactan International Airport Cebu lebih kurang pukul 2.40pm macam tu, pilot tu guna enjin turbo kot cepat gila sampai sebab sepatutnya perjalanan mengambil masa 4 jam at least. Ok sesampai nya kami disana, kami cari teksi but mula2 nak naik bas cari2 tak jumpa mana station bas.. so kami pun naik la teksi nak ke Travelbee GuestHouse yang terletak di Cebu City, standard kalau naik teksi dari airport nak ke Cebu City tu lebih kurang P300 je, convert duit Malaysia kita dalam 24MYR dan mengambil masa 1 jam lebih kalau jalan jammed. Kami sampai ke guest house tu dalam pukul 4pm. First dah check in, rehat2 jap kami pun decide nak keluar ke bandar nak cari makan, lapor la katakan seharian tak makan. Dari Travelbee guesthouse nak ke bandar kami jalan lebih kurang 20minit je, penat gak la kalau jalan but takpa exercise katanya. Nak cari halal food kat Cebu City tu memang susah, and tempat dorg sangat kotor. Kami decide makan kfc, menu kfc kat sana so much different dari Malaysia. Selesai kami dinner, kami jenjalan area bandar tu dan sambil cari transport untuk kami ke Oslob, cuba tanya sorg2 pakcik semua nak charge mahal sebab nak ke Oslob mengambil masa 4 jam, sangat jauh okeh! tanya2 punya tanya lepas satu2 teksi, semua dah nak give up at last jumpa la Uncle Dani yang ok la bagi harga murah dari yang lain malam tu, ada charge sampai P6000, tapi kami dapat dengan harga P4500 convert duit Malaysia 347MYR lebih kurang untuk one day ke Oslob where is Uncle Dani brought us to 4 other places which is Whale Shark watching, Tumalog falls, Kawasan Waterfall and the last place is Panagsama Beach. Hari kedua Kami snorkeling di Whale Shark dengan harga P1000 which is 77MYR untuk sorg, tu tak termasuk kami rental camera underwater. Kalau nak dive kalau tak silap P1500, tapi bukan power pun nak berenang so tak yah nak poyo ambil pakej diving, haha! Selesai kami snorkeling, kami terus ke Tumalog falls yang tak jauh pun dari whale shark tu. Nak masuk Tumalog falls ada entrance fee P20 convert to 1.50MYR, kat atas tu ada la mamat2 filipino yang jaga naik motor kalau nak turun ke bawah tu, lupa pulak nak tanya bape peso. Alahhh jalan kaki jelah, bukan jauh pun 500m nak turun ke bawah tu. Memang cantik waterfalls dia, kami mandi sekejap then naik balik, sebab the next places is Kawasan Waterfalls. Uncle Dani btau nak masuk parking ke Kawasan Waterfalls kena bayar P100 convert to 7-8MYR, eeee mahal kan ? Ok takpa.. kami nak naik ke Kawasan Waterfalls tu, macam kena hiking sket.. perghh dah lama tak hiking penat woo. Ada la tour yang bawak kami ke Kawasan, kena bayar tips kat dia P1000. Mahal wehh, kena ketuk kaw2 punya. Kawasan Waterfalls is the best place I ever had, seriously!! Amazing, beautiful and I'm speechless. Kat situ ada rakit, kalau tak silap nak naik rakit kena bayar P300 *pandai2 la korg convert sendiri duit Malaysia bape* tapi kami naik foc je, dah kena hentam P1000. Kami kat Kawasan tak lama pun sebab waktu tu dah petang sgt *sobsss* so kami rushing nak ke Panagsama Beach pulak.. Dari Kawasan nak ke Panagsama Beach mengambil masa 2 jam, jauh gak sampai dah nak boring :D sebenarnya tak ada apa sangat kat Panagsama Beach, cuma kalau yang kaki diving tu sesuai kalau turun ke Panagsama. Dengar cerita kat kat situ ada Malay guy but he is Sabahan, Mr Yunus kot.. kami ke sana cuma ambil gambar dan lepas tu gerak balik lebih kurang jam 6pm, kat sana pukul 6pm macam 8pm waktu Malaysia. Dari panagsama kami nak balik ke Cebu City 2 jam lebih sket la.. kami sampai ke guesthouse pukul 8 lebih dan kelam kabut cari makan sebab seharian tak makan, hahaha! selesai kami makan, kami pun jenjalan nak cari souvenir kononnya.. tanya org, kami kena naik cimni ke night market *cimni tu macam bas, tapi dia filipino style tak ada tingkap* takda apa sangat pun kat night market, Nazmi tertarik dengan Balut Egg beli sebiji bawak balik bilik cuma nak tengok dalam dia cemana ghope nye. Memasing dah penat seharian kat Oslob, kami pun balik ke bilik seawal jam 11pm. Last day hari ketiga tu kami decide nak cari souvenir, singgah satu2 kedai semua mahal dan akhirnya kami jumpa 1 kedai muslim yang jual souvenir, kami borong kat situ je.. dia bagi murah untuk 6 keychain dengan harga P100 dan tshirt korang boleh dapat dengan harga P150 je. If u guys nak ke sana, cari la kedai pakcik tu bersebelahan dengan Souvenir Island.. dan pakcik tu sangat peramah. Pukul 12pm kami dah berangkat balik ke airport, and for your information.. kat Mactan airport korg kena bayar P550 untuk airport tax ok! Kami selamat landing Malaysia lebih kurang pukul 7pm.. kami ambil teksi saving kat area bawah KLIA2 tu, korg btau je korg nak balik mana, kami kena charge RM42.20 nak ke Bandar Enstek tu. Dengan ini, selesai la short vacation kami 3H2M. Meh tengok gambar meh.



Kami ambil teksi meter di berdekatan airport dengan harga P316.



Travelbee GuestHouse di Cebu City. Setiap kedai atau mall memana, mesti ada pak guard 
mcm kat belakang tu *dia pun nak interprem jugak*
And filipino people sangat2 friendly!

Highly recommended walaupun tempatnya agak secretive
but worth it dengan harga lebih kurang P550. Tak jauh dari bandar, cuma
jalan kaki 20min. Exercise la sikit kan! :p



KFC for our dinner. Menu dorg sangat2 lain ok, tapi sedap!
Chicken ball bite served with rice and coke its just P60 je. 
And fyi, dorg tak makan dengan sos cili but dgn gravy soup.



Whale Shark snorkeling time! P1000 and P500 for rental camera underwater.



Peace yaww! Whale shark kat sebelah tengah nganga mulut. Wakakaka



Habis snorkeling selwee! :D



Tumalog waterfalls. Entrance fee P20 and have to jalan ke bawah dalam 500m.
*tak penat pun* save bajet dari bayar pak supir tuh, sihat badan ok.


I'm freeeeee! Located at Tumalog waterfalls.


Okay next, sampai ke Kawasan Waterfalls *my favourite place*
kena hiking sket naik atas dalam 20 minit, semput mak nyah ~


Kawasan Waterfall babeh!




Walaupun I dah jatuh cinta kat tempat ni, jangan sesakali hajak I honeymoon kat sini k!
 sebab letih nak kena hiking :p



Okay, ni Kawasan Waterfalls belah atas. Nak sampai atas ni ambil masa 15 minit kot, kena hiking ok!
Sampai terpelecok kaki I uollsss.



And the last places kami pada hari kedua ialah Panagsama Beach.
Takda apa sangat pun kat sini, view dia not bad.
But kalau korg kaki diving, ok recommended here.



Night Market filipino style, takda apa sangat! Boooooring.



Konon nak cari tshirt, tapi Nazmi sangaja nak beli Balut Egg dengan harga P10.


Balut Egg. Sila termuntah! Hahaha. Wekkkk



Okay, this is Uncle Dani yang bawa kami pusing Oslob yang mengambil masa 4 jam.
And he's the one good driver. Keadaan jalan kat sana sangat2 teruk, mengucap beratus kali. Perghhhh!!
09291130242 contact number Uncle Dani. Taxi dia Hyundai ok, bukan calang2. 
And kat Philippines taxi vios paling cabuk. K




Hamek resit sepanjang 3H2M di Cebu, Oslob Philippines.
If u guys nak spent duit belanja kat sana RM400-500 duit Malaysia pun dah cukup :)



Ni lah pakcik Saadoden, wife dia pemilik kedai souvenir ni. 
Kami dah nak balik baru jumpa pakcik muslim ni, he's can speak in malay jugak sikit2.
If you guys nak dtg Cebu, boleh la cari dia. 09194119999 contact no dia :)


Akhir sekali. I love Cebu! See ya.

1 comment:

  1. Salam. kalau nak pegi island souvenir tu dr travelbee guesthouse macam mana? kalau jalan kaki jauh kan?

    ReplyDelete