Friday, August 12, 2011

Ifthar precious moment

Assalamualaikum semua! sedar tak sedar, rupanya dah masuk bulan puasa dah. cepat betul masa berlalu *ceh, ayat nak skema je*. okay, Alhamdullilah setakat 12 Ramadhan ni saya puasa penuh lagi, dan kadang2 tu ada jugak la terfikir nak berbuka secara tak sah, itu memang dah tak tahan tahap gaban dah tuh, penat gila kot. bulan2 puasa pun jadual class sangat pack, tapi semua berjalan dengan lancar. satu2 keje dah siap, tapi bila dah satu keje nih, ada pulak report lain yang nak kena siapkan. haihh! ini la nama nya dugaan bulan puasa kan, sabo je la. okay, bab2 class ni suma, kita tinggal jap.. bukan tinggal terus, tapi tak yah cerita dulu la. nih, nak cerita pasal berbuka puasa bersama ex-ex Diploma dulu, wallaweh! happening gila kot, plus tempat tuh suma saya plak yang survey dan booking. nak dijadikan cerita, dah la saya yang deal sume ni, mula-mula amek sha a.ka Rysha Rahiza then sampai kat batu caves, amek plak datin terhormat ateng a.k.a Fatin Atira.. borak punya borak, pastu bajet bagus tau jalan la sangat kan.. terlajak, confuse, dan lapoo ada sket la, adat la kan.. time puasa, haha. okay, dah terlajak tu, kalau dekat takpe, ni sampai ke Ampang sana tuh. padahal Kunang-Kunang kat Gombak, tengok2 nani punya keje terlajak sampai ke sana.. pastu kami try la call Ean Afandi a.k.a yan, tanya dia kat mana.. nasib la dia ada kat area2 kami terlajak tu je.. kami pun berjumpa di satu destinasi ni, pastu sampai la kami di restoran tersebut. dah sampai tu, 1 geng plak call kate tak tau jalan nak ke Kunang-Kunang, yan pun dengan baik hati amek mereka di tempat yang dijanjikan.. kami yang berada di restoran tersebut, amek la makanan dulu.. dan 5 minit selepas waktu berbuka, mereka yang lain pun sampai.. dah selesai makan semua, perut pun dah kenyang gila.. al maklum la, buffet plak.. hahaha. kami pun plan nak ke danau kota malam tu, yang laki2 nak pegi mana tah.. yang tinggal kami2 wanita2 solehah plan menjadi nak ke danau kota.. dan sampai danau tak bukak lagi, yan pun ajak la pegi ke Wangsa Walk konon-konon nak main boling la, padahal sampai je sana tibai karoke, haha. paling sedap suara Rysha Rahiza la, ala2 mariah carey youuuu. kami pun tak lama kat sana, yang pun dah nak kena balik.. berbalik pada plan yang sebelum nya, kami pun otw nak ke danau.. tup2, dapat sms dari Farah 'Aliah yang dia kena balik.. daripada 3 buah kereta, tinggal la kami sebuah kereta je yang dinaiki oleh saya, sha, dilla dan ateng . sampai je danau, kami supper dulu kat Restoran Pak Li, hehehe. masing2 dah nyanyi , perut dah lapoo. borak2, sedar2 je dah pukul 1.30.. kami pun bergegas la cari barang apa yang patut. semua nya selesai dalam pukul 2am, gila lewat weh! btw.. masa tu kami semua have fun gila la.. lama dah tak jumpa dorg, borak2, tu yang masa berjalan pun dah tak sedar. tengok eh gambar yang sempat kami capture time tu, ada orang DSLR la katekan. hihihihi


see . Book by Noraini okay! =p

Bill kami malam tu

suara budak ni la yang saya kata sedap gila tuh . hehe

all the geng , credit to pak cik Rafeel


all the geng after Ifthar

Tuesday, June 28, 2011

Safara Nurul Nadia bt Zamri .. post ni khas untuk kau ! :) .

zaman dulu kala :)


Tadi komen2 dengan fara kat fb , dia cakap aku senyap , dah tak nak kawan ngan dia .. eh , aku tak penah lupa kawan2 aku la , even kawan aku masa tadika pun aku tak penah lupa . mesti kau pelik kan nape aku tulis entri ni khas untuk kau ? nak tau sebab apa .. sebab nya kau la kawan aku yang dulu sanggup dengar luahan hati aku , tak penah jemu walau sekali pun .. dulu , bila aku sedih mesti aku call kau kan ? kau banyak nasihat aku .. pasal pakcik , ingat lagi tak ? hehe . kau panggil shahril pakcik kan , kadang2 kau marah ngan dia sebab dia banyak buat aku nangis .. nak tau fara , aku tulis entri ni mengalir air mata aku tau , aku rindu masa kita dulu , pegi class sama2 , makan sama2 , convo pun sama2 , aku jadikan mak aku , mak kau jugak sbb masa tu mak kau tak dapat datang kan .. aku nak cakap dengan kau aku rindu kau , aku segan .. so , bila kau cakap kau follow blog aku ni , aku tak teragak2 nak tulis yang aku rindu kau . kadang2 aku rasa macam aku dah kehilangan sorg kawan baik aku , yang dulu suka marah2 aku bila aku asyik nangis pasal shahril , kau suka membebel kat aku , suruh aku tinggalkan dia . fara , kalau kita tak lost contact , kalau tak letih push aku lupakan dia , mesti aku dah boleh lupa kan dia . mesti aku dah takde nangis2 lagi kan .. tapi sekarang ni air mata aku mengalir bukan sebab shahril , tapi sebab kau . very the terharu tak ?! hehe . btw , bila lagi nak datang rumah aku makan gulai tempoyak yang mak aku masak ? :)

Monday, June 27, 2011

Jangan Bersedih : Jadilah Wanita yang paling Bahagia

Bunyi nya macam serius je kan , hahaha . ok , ni la tajuk buku kesayangan saya buat masa ni , it makes me inspiration and strength . tiap kali dia buat saya nangis , saya baca buku ni supaya saya boleh tahan air mata saya daripada mengalir . saya tak pernah cari buku ni , dan tak tahu pun penah wujud . one day , saya and she Putrie Amira jalan2 tengok wayang , and she nak beli kad untuk fathers day , masuk2 je MPH terus nampak buku tu , tak fikir panjang dah terus beli . hehe . lepas je ada buku ni , mana pun saya pegi saya akan bawak . lantak la org nak ckp buat berat ke apa ke , tapi saya sangatsangat senang dengan buku tu .. saya tertarik dengan ayat ni :

Tiada suatu kegembiraan pun yang kekal bagimu
dan tiada suatu kesedihan pun
dapat mengembalikan kepadamu
sesuatu yang telah hilang - Dr.'Aidh Bin 'Abdullah Al-Qarni

Saturday, March 19, 2011

Andalus time

Tanpa dirancang dan terus bergerak dari kampus kami. Siti Aisyah "bukan nama sebenar" heheh, telah membuat perancangan secara mendadak. dia telah mengepost di wall fb saya "nani, jom ikut kami makan makan lepas class hari rabu nanti". tanpa segan silu, saya membalas, okay.. bajet makan malam kat depan faculty of business jee, at last ajak sampai ke andalus restaurant. heyy, dengan berbaju tshirt dan jeans, terus shoot dengan menaiki 2 buah kereta. sesudah sampai dan sebelum masuk parking ke restaurant tersebut, boleh plak sesat jalan, nak parking je kot time tuh, dan termasuk plak di sebuah hotel yg sgt besar belakang pavilion dan bersebelahan restaurant tersebut, 'apa nama tah hotel tu'.. dengan muka tak malu, saya bertanya kepada jockey hotel tersebut "nampak kereta myvi kaler putih tak "? lalu.. jockey yang berbangsa bangla tu pun pantas menjawab "ada.. tapi kereta tu dah keluar di simpang depan tu" kemudian.. saya pun membalas "okay la, saya pun nak keluar, saya nak parking kat restaurant andalus tu, tapi saya salah masuk simpang pulak" muka mat bangla tuh bengang gilaaa. mintak mangap la yee. hahaha xD


Barbecan strawberry, ice cream cake and chicken kebab :))

bersama mia ;)

color of full andalus

tetiba jadi mata vampire. tak tau la sapa punya keje. haihh >.<