Thursday, May 28, 2015

Hiking tapi bukan Hikers!

Assalamualaikum.


23.5.2015, sabtu - Bukit Kutu. Okay ini repeat kali kedua hiking Bukit Kutu Kuala Kubu Bharu. Al kisah tak berapa nak plan pun sebab si farah call time tu pukul 12am aku dah kelaut pun, dia tanya jadi pergi ke idok. Ok lah tengah mamai2 aku pun kata ok plus sabtu tu takda plan lain pun melainkan balik rumah parents. Pukul 12am farah call, pukul 4am bangun siap2 pastu ke shah alam dulu, pusing2 shah alam pepagi buta tu *I know you're reading this, always sesat jalan* wakaka! Okay takpa.. plan jumpa farah kat petronas nak menghala ke Rawang. Gedebak gedebuk, sampai la ke Bukit Kutu pukul 8.30am. Cari parking bagai, warm up jap start hike pukul 9.30am lebih kurang. 2 tahun lepas aktif sikit2 bab hiking ni, pastu stop.. pastu aktif travel, dah macam addicted tak nak stop. Tapi tak boleh, kena stop jugak one day. Honestly memang nak hike tu dah btau dorang awal2 lagi, takda stamina langsung.. mula2 hike tu ok, pastu dah kelaut. 


Batu tedung, Bukit Kutu. Ni kira pertengahan bukit
sebelum sampai ke puncak. 

Dah sampai Batu Tedung ni kira macam dah lega sikit sebab dah sampai pertengahan, dah tak larat woi! Aku paling last la antara dorang semua ni, takda energy. Sobss.. 3 jam naik 3 jam turun, 1053meters @ 3456kaki. Tinggi kan kan ? 


Photo candid credit to Farah "kot" nampak senyum kan ?
Tak tau plak nak naik atas ni istighfar beratus kali. 

Mula nak naik kat atas puncak ni, dah surrender dah.. Tapi dorang cakap "naik je nani!! naik je!! jangan pandang bawah" Oh ok macam kena marah sket :( but eventually sampai jugak atas batu ni.  


Dah pandai naik, pastu fikir cemana nak turun. 
Gayat weh, tak tipu! :(

Nak sampai ke atas batu ni, kena panjat tangga tu.. pastu bayangkan bawah tu macam curam. omg! Dalam kepala otak fikir, kalau jatuh ni.. Tak dapat nak sampai ke next travel nnt, eh ?! :p 


Dah selamat turun selepas bertarung dengan batu dan tangga tersebut.
Haha! 

Dah turun dari puncak, nak singgah ke banglo peninggalan zaman tok kadok. Nak tau history pasal banglo kat Bukit Kutu, google sendiri! :p 


Gadis2 tu semua sado, kecuali aku. 

Background tu lah banglo peninggalan zaman penjajah dulu kot, memang dah usang. Nak sampai banglo ni dari puncak, kena daki sket lagi lebih kurang 20 minit macam tu. Tak jauh pun, tapi penat gak. 


Ohana tanpa sirwin. 
Photo candid credit to Eila. Thank you! :) 

Sekian cerita hiking tapi bukan hikers, sekali sekala boleh. Sekali hiking, dah turun macam nenek tua tahu! Tapi kalau tak hiking, bak kata dalila zaman bila tah nak jumpa nani. Ok dah jumpa, from deep in my heart, I miss you Ohana! 

Tuesday, May 12, 2015

Happy Birthday to me!

Assalamualaikum.


Genap 26 tahun 4 hari which is 8.5.1989 for my birthday. Thank you so much for all the wishes. 8.5.2015 jatuh pada hari jumaat, so kerja macam biasa lah. Group whatsapp from ofis area, aku dah rasa macam kena prank pun ada, group whatsapp terus bertukar jadi #BirthdayGirlbadmood *you know who you are*. Konon2 si linda tak dapat join dinner sebab kena balik Rawang, aku ni lurus, kalau orang cakap A, maknanya A lah. For the first plan nak farewell untuk si linda, according to kak ada plak kononnya ajak dinner kat secret tropicana mall, memandangkan dah habis kerja, malas dah nak masuk balik parking dalam mall, so ajak kak ada and the gang masuk paradigm mall je, parking pun murah *hahaha*! Dah masuk paradigm memang belum decide nak makan apa sebab kat paradigm takda pulak secret, so tengok dari board F&B yang macam menarik kat Serai, yang lain macam fast food je. Ok, cari punya cari nak pegi Serai ni tadi, punya la memusing jumpa gak akhirnya. Dengan confident nya masuk restoran tu macam biasa, then ada la a few waiters datang untuk tunjuk table.. dah jumpa table, baru je nak duduk ada la sorang minah berpurdah berdiri betul2 depan meja, heh! gua hengatkan dia marah sebab weols main duduk je kat situ.. dalam hati gua plak *apahal minah ni nak usha2, macam takda table lain nak duduk* tetiba si minah berpurdah ni pun datang dekat.. rupanya si linda ngokngek buat prank kat gua, konon tak dapat join dinner. Aku takda la expect untuk dinner birthday pun, umur macam gini rasa macam tak penting dah kot *sobss*. ok, dah order makan semua dah kenyang. Tiba2 *drum drooling* dari geng2 waiters sampai la ke Manager Serai tu datang bawak kek dalam pinggan menyanyi "Happy Birthday" and make me touch is satu Serai kot yang menyanyi, omg berlinang jap air mata. Seriously unexpected okeh! Btw.. thank you so much sisterhood, no words can describe how i feel that time :')


Chocolate cake moist & Tiramisu. Serius sedap dari secret!!


Photo credit to mr.waiters hidung mancung. Eh! haha :p
#Birthdaygirlbadmood terpaksa senyum


Video credit to linda :)


Ni dia wajah2 yang prank gua malam tu. Haishh! much2 love.

Monday, May 11, 2015

Pulau Perhentian, Terengganu.

Assalamualaikum.


Bertemu kita lagi di dalam slot yang ketiga pada hari yang sama tempat yang sama waktu yang berlainan, heheh! Ok, ni tempat yang kedua dalam tahun 2015, sebenarnya unplanned pun. Disebabkan pada hari tersebut aku ada wedding, so at this moment dah rasa malas nak pergi wedding2 ni, tapi bila tak pergi mesti kena balik "kalau tak nak pergi, nanti wedding sendiri takda sape yang nak datang" omg! very spedo!! Ok kita escape ke Pulau Perhentian pada cny hari tu.. dapat la 4 hari 3 malam kat sana. Patutnya weols amek pakej, tapi masing2 nak redah, ok takpa kita redah. Dari KL weols gerak dalam pukul 3am sebab semalam nya masing2 kerja, so gerak lewat sket. Dah sampai terengganu subuh, stop untuk solat subuh dulu then terus gerak ke kemaman amek sorang lagi. Dah sampai kemaman, si kawan ni punya mak belanja breakfast terengganu style weh. Thank you mak acong open table untuk breakfast, hehehe. Lepas je breakfast tu, shoot plak ke satu tempat ni hantar sorang kawan balik rumah dia kat terengganu jugak, tapi apa nama tempat dia lupa dah. But one way nak ke Pulau Perhentian la, yang penting sampai rumah dia dijamu dengan nasi dagang, omg makan lagi! dibungkus dengan daus pisang bentuk tiga segi pulak tu. Only in Terengganu! Oh btw, thank you family apis sebab menjamu makanan yang sedap2, heheh. Dah kenyang apa lagi, terus gerak la ke Pulau. Jauh jugak, ambil masa dalam 3 jam kot. On the way nak ke pulau perhentian tu, ada la lalu 2, 3 pantai kat situ. SubhanaAllah cantik tak terkata, tapi tak sempat nak stop sebab nak rush naik bot ke pulau tu. Dah sampai kat jetty tu, pandai2 la korang nak park kereta kat mana, tapi jangan sebarangan, nanti kena claimed tak memasal. Bila dah sampai jetty, akan ada la orang2 yang dtg kat korang pasal pakej dorg. Jangan dilayan!! Weols park kereta kat belah2 kedai tu, memang selamat yang penting foc :D kalau kat tempat lain semua amek kesempatan suruh bayar. Apakah ? muka student kot, tak kan tak cam ? haha! ok, weols amek bot abg sani. Perjalanan bot dari jetty nak ke puau perhentian mengambil masa dalam 45 minit jugak, sempat lencun baju woi. Dah sampai pulau tu, masing2 nak redah sangat, dapat la bilik yang paling belakang which is kena jalan then kena hike anak tangga sket, baru la sampai chalet Rock Garden, not recommended okeh! kalau nak rasa berjalan jauh, sila lah tempah chalet tersebut. Memandangkan pergi peak seasons, what do u expect ? Confirm la penuh manusia kan. Weols stay di Rock Garden tersebut untuk semalam je, untuk second day cecepat cari bilik yang kat belah bawah, dekat dengan pantai. Cari punya cari, jumpa la 2 bilik chalet mira kot, ok la untuk one night stay. Sebab one day tu weols masuk pulau untuk snorkeling. For those yang nak snorkeling, jangan terus grab je, kena cari jugak. Kalau tak.. korang kena hentam mahal nak mamp! Dah setel snorkeling, esoknya check out untuk balik. Rasanya 4 hari 3 malam habis kat atas jalan je. Eh ? Sebab jauh weh. =.="


Heading to Pulau Perhentian.


View dari Pulau Perhentian Kecil.


View dari Romance Island. 

Singapore we go!

Assalamualaikum.


Pada hari yang sama, di waktu yang berbeza tetiba rajin nak update entry sekali gus kan. Masa yang terluang sangat bermanfaat *hahaha*. Ni geng2 ofis Damansara Intan, beli tiket nak ke Singapore, takda la rancang mana pun. Tengok tiket murah terus grab. Sekali beli tiket masuk uss, eee takda la syok mana pun compared to Sunway Lagoon. But sokay, tak cuba tak tau. Pergi tak lama pun, 6-8.2.2015, eh aah la., this is my first trip in 2015! Weols masuk Singapore for first day, then sampai je Airport Changi tu, pergi ke terminal 2 naik mrt pergi ke batu tiga then kena tukar mrt lagi untuk pergi ke Bugis Street. Weolss nak cari makan disana, perut semua dah lapor. Fyi, Bugis Street kalau u guys nak cari souvenir atau shopping, kat sini memang banyak choice. But kalau nak cerita price, SGD highly than malaysia so what do u expect ? Standby jelah duit kan :D Selain Bugis Street, Chinaroad jugak boleh cari untuk souvenir. But haritu, weols beli souvenir di Bugis Street. Tak murah tak mahal. Dari Bugis Street tu pulak, nak ke Merlion Park kena ambil mrt, dah sampai mrt tu, kena jalan dalam 10km, jauh woi. Ok, gedebak gedebuk jenjalan kat merlion park tu, dah bergambor bagai, weolss nak turun ke JB sebab check in kat Hotel Tunes, nak check in kat Singapore dah survery semuanya mahal2, tak mampu :( one day kat Singapore, dah habis beli souvenir, naik dari terus masuk ke JB. Kalau dah namanya naik bas, dia punya dugaan ya rabbi, kena banyak bersabor. Satu hal nak kena turun naik cop imigresen, kena beratur lagi, rasanya ada 2 imigresen nak kena cop. Faktor umur weh dah tak ingat segala step, tu la.. masa dah balik taknak terus update :( But this is my opinion, kalau u guys nak masuk singapore tu boleh, nak saving stay kat JB but penat dia jangan cerita, rasa nak maki orang pun ada *hahaha*! disebabkan weols hari pertama sahaja jenjalan di Singapore, esoknya masuk uss dari JB. Kalau nak masuk uss, amek pakej yang bas sekali tu. RM175 sekali transport dari Tunes Hotel JB terus ke USS Singapore. Memang worth it, cuma u guys kena pandai bajet masa disitu. 7.2.2015 weols masuk USS, so one day would be in USS. Pakcik bas tu inform, 6.00pm nak kena ada dalam bas dah sebabnya nanti lambat kat pusat imigresen tu. Kalau stay di Tunes Hotel tu memang comfortable walaupun bilik dia tak berapa besar, tapi kalau nak makan memang senang. Turun bawah tu semua kedai makan. 


Nak pergi ke tempat menatang ni punya la kena jalan jauh, 
Orang kata kalau datang Singapore, kena bergambor dengan menatang ni.
Kalau ikut kata orang, memang diri sendiri yang azab. Haha


Jenjalan kat Singapore, terjumpa bf kite ni. Kite cakap ngan dia, buat tak tau je tau :(


Cliche kan kalau masuk USS bergambor depan globe ni ? 
Eh. Suka hati i lah! Haha 


Ok. Short story about USS, dalam banyak2 game..
Transformers ni je yang best!! yang lain kelaut.


Pusing2 dalam USS dah nak balik tu, ternampak taxi kuning yang rare ni.
Dengan secara candidnye, rasa macam nak naik taxi tu. Old school weh!